Sunday, January 11, 2009

~~ErTi SeBuAh KeHiDuPaN~~


Sebagai manusia yg kerdil kadang-kadang kita alpa dan tidak tahu apa itu erti sebuah kehidupan yg sebenar. Hidup kita didunia ini sebenarnya seumpama roda kadangkala kita berada diatas dan kadangkala kita berada dibawah. Seperti yg kita tahu bumi kita ini bulat dan sentiasa berputar mengikut putaran waktu setiap saat begitu juga hidup kita yg berputar setiap saat kita diberi kehidupan oleh Allah s.w.t. Cuma kita sbg manusia seharusnya bersedia untuk menerima semua yang bakal terjadi, baru terjadi & sedang terjadi didalam kehidupan kita seharian.
Kita sepatutnya bersyukur kerana masih bernyawa lagi untuk meneruskan kehidupan seharian kita. Cuba kita bayangkan jika kita menerima nasib sepertimana apa yg telah terjadi di bumi Palestin. Begitu sedih sekali melihat nasib mereka.Kekejaman yg berlaku amat memilukan dengan melihat mayat bergelimpangan di merata-rata tempat seumpama nyawa tidak langsung berharga. Kita perlu bersyukur ke hadrat Illahi kerana negara kita tidak begitu. Cuma kita perlu tahu bagaimana untuk kita menilai begitu indah sebenarnya kehidupan.
Sepatutnya kita perlu menghayati erti sebuah kehidupan. Setiap individu mempunyai berbagai persepsi & pendapat mengenai kehidupan. Sedar atau tidak kita bahawa melalui kehidupan kita juga kita dapat memajukan diri kita sendiri antara kita hendak lakukan atau tidak mengikut inisiatif diri sendiri sahaja. Kita sendiri telah melihat ramai yang telah berjaya di dalam bidang yg mereka ceburi. Kalau kita memikirkan secara rasional bagaimana mereka boleh berjaya? Jawapan yg akan kita perolehi jawapan standard berusaha dgn gigih.Tetapi sebenarnya kita tidak sedar bahawa apa yg terjadi didalam kehidupan kita adalah kerana kita masih diberi kehidupan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan cita-cita kita didalam mengecapi atau mencapai sesuatu kejayaan. Sebenarnya itulah yang dimaksudkan dgn erti sebuah kehidupan.
Allah s.w.t memberi kita kehidupan didunia ini adalah untuk kita menikmati begitu indah hidup jika kita tidak mensia-siakn kehidupan yang telah diberikan kepada kita.Jika kita mensia-siakan kehidupan yg diberi oleh kita maka kita tergolong didalam golongan yg rugi seperti surah Al-Asr yang bermaksud
"Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu didalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Kita juga perlu tahu bahawa kita mempunyai 2 transformasi di dalam kehidupan kita iaitu kehidupan di masa sekarang dan satu lagi transformasi hidup kita di alam akhirat. Sebab itu, kita sebagai manusia jangan sekali-kali kita lalai dalam kehidupan kita. Sepatutnya kita perlu selaraskan kedua-duanya, kita tidak boleh hanya mengejar duniawi sahaja kita perlu selaraskan kedua-duanya duniawi dan ukhrawi (akhirat).Jika kita berjaya mencapai kedua-dua transformasi ini insyaallah kita seorang berjaya didalam kehidupan yg sebenarnya.
Disini saya kongsikan sepotong doa bersama kawan-kawan iaitu Doa Diatasi Segala Kesulitan (Ajaran Rasulullah S.A.W) yang bermaksud :
"Ya Allah, hanya rahmat (belas kasihan) Tuhanlah yang kuharap, maka janganlah Tuhan menyerahkan diriku, walau sekelip mata pun, perbaikilah keadaan seluruhnya, tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Wahai yang hidup! Wahai yang memayungi! Rahmat Tuhanlah yang aku pohonkan, aku berlindung kepada-Mu. Tidak ada Tuhanku, aku ini sesungguhnya tergolong hamba-Mu, anak dari dua orang hamba-Mu (seorang lelaki dan seorang perempuan), ubun-ubunku (gerak fikiran dan perasaanku) di tangan-Mu, berlaku atasku hukum-Mu, adil atasku ketentuan-Mu (qada-Mu). Aku bermohon dengan segala nama yang Engkau punyai, yang Engkau namakan diri Engkau dengannya atau nama yang Engkau turunkan pada kitab Engkau, atau nama yang pernah Engkau tunjukkan kepada salah seorang makhluk-Mu, atau nama yang Engkau pegang rahsianya dalam ilmu ghaib-Mu. Aku bermohon dengan segala nama itu, supaya Engkau menjadikan Al-Quran jadi siraman hatiku, jadi cahaya mataku, jadi penghalau dukaku, menghalaukan gelisah dan keluh kesahku. Tidak ada helah tidak ada kekuatan melainkan berserta Allah semata-mata."


2 comments:

fazemy said...

Bagus doa ni..kak ida ni bagusla..punya motivasi diri yang tggi.Orang doakan kak ida bahagia selalu k.

~~Ms.LuVLyHoNeY~~ said...

erm kita semua harus ingat mengingati kan..biasa la kita manusia biasa kadang2 kita ni mudah lupa...