Monday, January 5, 2009

SeLaMaT TinGGaL 2008

Dalam tahun 2008 bermacam-macam kisah suka duka telah berlaku di dalam hidup aku..ada citer sedey, citer suka semua ada.Namun apa yg terjadi pada tahun 2008 akan aku tinggalkan buat selama-lamanya.

Tahun 2008 juga merupakan tahun dimana aku menerima seorang insan bernama lelaki didalam hidup aku. Kehadirannya memberi sinar kebahagiaan didalam hidup aku serta dia berjaya membuka pintu hatiku untuk menerima kembali CINTA..Segalanya begitu indah sekali.

Tanggal 2/10/2008 merupakan tarikh yg begitu mengembirakan hidup aku apabila aku dgn dia bertunang. Begitu bahagia aku rasakan masa itu. Namun segala-galanya berubah pada 22/10/2008 dimana kisah duka didalam hidup aku bermula. Salah faham yang berlaku,serta keEgoan yg menguasai diri akhirnya menjadi kisah duka didalam hidup aku..tiada lagi kisah suka. Aku menjadi mangsa didalam apa yg berlaku namun aku pasrah. Aku cuba menyelamatkan keadaan dan hubungan ini tetapi gagal tidak menemui jalan penyelesaian. Jalan yang ditemui adalah jalan yang amat mengecewakan aku.

Tanggal 3/11/2008 segala kenangan indah antara aku dgn dia terkubur.Akhirnya ikatan pertunangan antara aku dgn dia terputus jua. Apa yg terjadi amat menyakitkan aku serta luka yang aku alami amat dalam terasa sukar untuk memaafkan..Namun kita insan biasa tiada kuasa untuk berbuat begitu...Apapun ALLAH yang maha mengetahui.

Tahun 2008 adalah tahun duka dimana hidup aku begitu menderita dengan apa yg terjadi. Terima kasih yang tak terhingga kepada family aku yg byk bagi support pada aku serta memberi kekuatan untuk aku menerima apa yg terjadi sebagai dugaan dariNya. Thank's also for my fren yang byk bgi aku semangat serta nasihat untuk aku meneruskan kehidupan. I really appreciate that. Berkat dari doa family aku serta dorongan dr kwn2 aku akhirnya aku berjaya menerima semua yg terjadi didalam hidup aku serta dapat meneruskan kehidupan aku seperti biasa malah semakin bersemangat untuk membina kehidupan baru. Luv U All..

Now, aku bahagia dgn kehidupan aku tiada lagi tangisan, walaupun luka itu masih terasa & berdarah namun terima kasih segala-galanya kerana dia berjaya melakarkan tahun 2008 sebagai tahun kedukaan dalam kehidupan aku.

2009, Telah pun menjelma. aku berdoa agar tahun 2009 akan memberi sinar kebahagiaan didalam hidup aku. Aku tidak mahu lagi menderita seperti tahun 2008. Selamat Tinggal 2008

HAPPY NEW YEAR

5 comments:

wongjowo said...

sabar ajerlah deknon...buang aje ler kenangan yg myakitkan hati tu.xde makne yer klu di kenang2kan. lepas nie..try ler ko petik jari ko skali...mesti berdoyon2 org lelaki beratur dok tunggu giliran kat ko tau! kui..kui..kui..

~~Ms.LuVLyHoNeY~~ said...

hehehe.ye la tu kak wo...
insyaallah dah tinggal sume kenangan pahit 2008 & mulakan hidup baru

fazemy said...

Apapun yg berlaku pasti ada hikmahnya kak ida. tringt lagi kisah chefwan dgn hani mohsin dulu. nasib baik serina tu ikot ckp ayah dia. tak lama lepas tu hani mohsin pun meninggal. klw diorg jd kawin mesti dia dh jd janda muda..dahla mcm tu..dibuang keluarga. smuanya ada hikmah kak ida. mmgla luka tu masih berdarah. org doakan smoga akn hadir seorg lelaki dlm hidup kak ida unt merawat luka tersebut. smoga 2009 membawa sejuta kebahgian buat kita semua. Amin...

izzah said...

semoga ada sinar baru yang lebih baik...Allah uji kita untuk beri yang terbaik..sesungguhnya selepas kesusahan pasti ada kesenangan..:)

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)