Monday, May 4, 2009

Bowsan

Hurm dah lama tak update blog ni...nk kata bz tak la sgt mebi tak der idea nk tulis apa yg menarik..Hurm ari ni tetiba tergerak nk update blog aku yg semakin usang ni...

Skang muka aku semakin teruk jerawat tak tau nk pakai product apa dah...ni semua berpunca drpd pakai sabun resedung ni pas pakai tu muka teruk sgt cuba tgk gmbr2 terbaru tu...

Kalau ada idea bgth la product apa yg bagus boleh cuba dah tak thn tgk muka ni semakin byk parut aduh la malu sgt tau...

Pic pagi td dlm keta on the way pegi keje tgk la muka byk jerawat

bykkan jerawat....malu tol


pic ni lg nampak jelas begitu byk sekali jerawat n parut jerawat...

Wednesday, January 21, 2009

***SaMa TaPi TaK SeRuPa***

Baju aku oren color ok x?hehehe
ni la opis mate aku dia baju kaler kuning...pattern baju kitaorg sama cuma dia belah tepi je..kitaorg wat baju kurung moden...


hye all..ari ni aku nk share dgn korang mengenai sama tapi tak serupa..hihihi...ia tentang baju aku dgn the best opis mate aku la Elyies...baju kitaorang nie sama cuma kaler jer berbeza..pastu kitaorg tempah pun buat pattern yg sama...kelakarkan tapi ok je sbb kaler lain kan..tapi best juga mcm boria..hehehe..

Pada mulanya dia yg beli dulu kain ni pastu aku tgk mcm cantik jerk...aku tak beli lagi aku hangout dgn kwn aku Emy & Ila...Pastu si Emy ni beli dulu kain mcm opis mate aku beli juga dkt Kamdar aku pun mcm terbakar la tp tak beli lg biar je dia beli dulu...pastu aku pun kira2 bajet aku pun beli juga la kain mcm dorang aku beli 2 pasang terus hehehe takmo kalah hehehe...
Erm skang dah siap pun kain tu dibuat baju...hehehe..tu la nk share nk share sama tak serupa ni baju aku sama pattern dgn baju opis mate aku macam best je..hehehe

Cuma si Emy je blm tempah lagi nk buat baju tu..aduh Emy bila adik akak ni nk tempah baju tu nk juga tengok...hehehe..apapun jom Layanzzzz

Sunday, January 18, 2009

Jom Kongsi Sama2 Teka Teki ni...

Kwn2 meh kita sesama share teka teki ni. Saya rasa sememangnya saya patut share sesama teka teki ni sbb kita boleh ambil pengajaran dr jawapan teka teki ini untuk kita jadikan pengangan hidup.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?Murid 1 = " Orang tua "Murid 2 = " Guru "Murid 3 = " Teman "Murid 4 = " Kaum kerabat "Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"Murid 1 = " Negeri Cina "Murid 2 = " Bulan "Murid 3 = " Matahari "Murid 4 = " Bintang-bintang "Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"Murid 1 = " Gunung "Murid 2 = " Matahari "Murid 3 = " Bumi "Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "Murid 1 = " Baja "Murid 2 = " Besi "Murid 3 = " Gajah "Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"Murid 1 = " Kapas"Murid 2 = " Angin "Murid 3 = " Debu "Murid 4 = " Daun-daun"Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT .

Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Friday, January 16, 2009

PeRcAyA aTaU TiDaK

ni pic aku skang
ni pun sama juga tgk tarikh la


still sama pic skang


aku dulu yg tgh2 tu yg pakai spec tu cuba tgk bukan main chubby lagi aku masa tu (AKU AMIK PIC NI BALIK GUNA HP AKU SBB TAK ADA SOFTCOPY)



aku juga yg pakai tudung tu gemuknyer kan...aku kekadang mcm tak cayer je tu aku tp mmg aku la tu...iskh kelakarkan... (AKU AMIK PIC NI BALIK GUNA HP AKU SBB TAK ADA SOFTCOPY)


Aku nk share dgn korang sume tentang diri aku dulu hingga sekarang..Kalau korang nak tahu dulu aku ni masa study & masa sekolah aku agak chubby & gemuk la..korang rasa korang percaya tak tu aku...aku kekadang agak kelakar & kekadang rasa betul ke tu aku..tapi itu lah realiti sebenar...aku pun tak tahu kenapa dulu aku ni gemuk & chubby maybe makan je keje aku pastu tak exercise tu la akibatnya...ramai juga kawan2 aku yg tak percaya aku dulu gemuk tapi bila aku share pic aku dgn dorang kwn2 aku pun terkejut.mcm tak percaya..hehehe...sampai ada 1 citer thn lps la aku nk pegi tgk mak angkat aku meninggal kat melaka yer la dulu aku study kat melaka so janji la nk jumpa dkt mana2..kwn aku tu terkejut tgk aku dia boleh ckp aku mcm ni dulu ko ni penguine skang pink penther...hehehe..baru aku sedar dulu mmg aku ni kategori gemuk la juga..erm tapi syukur segala2nya dah berubah setelah aku kerja.
Kepada kawan2 aku yg agak chubby aku yakin korang pun boleh turun mcm aku.Kalau fikir balik kenapa aku boleh korang tak boleh lak kan. Semuanya perlu disiplin. AKu tak der la diet giler2 cuma kena jaga pemakanan n sellau exercise la..Tapi skang aku pun dh malas nk exercise tp disebabkan aku pi kerja berjalan kaki pastu naik turun tangga kat umah aku kot kalori aku dah dibakar..hehehe apapun selamat mencuba

Sunday, January 11, 2009

~~ErTi SeBuAh KeHiDuPaN~~


Sebagai manusia yg kerdil kadang-kadang kita alpa dan tidak tahu apa itu erti sebuah kehidupan yg sebenar. Hidup kita didunia ini sebenarnya seumpama roda kadangkala kita berada diatas dan kadangkala kita berada dibawah. Seperti yg kita tahu bumi kita ini bulat dan sentiasa berputar mengikut putaran waktu setiap saat begitu juga hidup kita yg berputar setiap saat kita diberi kehidupan oleh Allah s.w.t. Cuma kita sbg manusia seharusnya bersedia untuk menerima semua yang bakal terjadi, baru terjadi & sedang terjadi didalam kehidupan kita seharian.
Kita sepatutnya bersyukur kerana masih bernyawa lagi untuk meneruskan kehidupan seharian kita. Cuba kita bayangkan jika kita menerima nasib sepertimana apa yg telah terjadi di bumi Palestin. Begitu sedih sekali melihat nasib mereka.Kekejaman yg berlaku amat memilukan dengan melihat mayat bergelimpangan di merata-rata tempat seumpama nyawa tidak langsung berharga. Kita perlu bersyukur ke hadrat Illahi kerana negara kita tidak begitu. Cuma kita perlu tahu bagaimana untuk kita menilai begitu indah sebenarnya kehidupan.
Sepatutnya kita perlu menghayati erti sebuah kehidupan. Setiap individu mempunyai berbagai persepsi & pendapat mengenai kehidupan. Sedar atau tidak kita bahawa melalui kehidupan kita juga kita dapat memajukan diri kita sendiri antara kita hendak lakukan atau tidak mengikut inisiatif diri sendiri sahaja. Kita sendiri telah melihat ramai yang telah berjaya di dalam bidang yg mereka ceburi. Kalau kita memikirkan secara rasional bagaimana mereka boleh berjaya? Jawapan yg akan kita perolehi jawapan standard berusaha dgn gigih.Tetapi sebenarnya kita tidak sedar bahawa apa yg terjadi didalam kehidupan kita adalah kerana kita masih diberi kehidupan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan cita-cita kita didalam mengecapi atau mencapai sesuatu kejayaan. Sebenarnya itulah yang dimaksudkan dgn erti sebuah kehidupan.
Allah s.w.t memberi kita kehidupan didunia ini adalah untuk kita menikmati begitu indah hidup jika kita tidak mensia-siakn kehidupan yang telah diberikan kepada kita.Jika kita mensia-siakan kehidupan yg diberi oleh kita maka kita tergolong didalam golongan yg rugi seperti surah Al-Asr yang bermaksud
"Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu didalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Kita juga perlu tahu bahawa kita mempunyai 2 transformasi di dalam kehidupan kita iaitu kehidupan di masa sekarang dan satu lagi transformasi hidup kita di alam akhirat. Sebab itu, kita sebagai manusia jangan sekali-kali kita lalai dalam kehidupan kita. Sepatutnya kita perlu selaraskan kedua-duanya, kita tidak boleh hanya mengejar duniawi sahaja kita perlu selaraskan kedua-duanya duniawi dan ukhrawi (akhirat).Jika kita berjaya mencapai kedua-dua transformasi ini insyaallah kita seorang berjaya didalam kehidupan yg sebenarnya.
Disini saya kongsikan sepotong doa bersama kawan-kawan iaitu Doa Diatasi Segala Kesulitan (Ajaran Rasulullah S.A.W) yang bermaksud :
"Ya Allah, hanya rahmat (belas kasihan) Tuhanlah yang kuharap, maka janganlah Tuhan menyerahkan diriku, walau sekelip mata pun, perbaikilah keadaan seluruhnya, tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Wahai yang hidup! Wahai yang memayungi! Rahmat Tuhanlah yang aku pohonkan, aku berlindung kepada-Mu. Tidak ada Tuhanku, aku ini sesungguhnya tergolong hamba-Mu, anak dari dua orang hamba-Mu (seorang lelaki dan seorang perempuan), ubun-ubunku (gerak fikiran dan perasaanku) di tangan-Mu, berlaku atasku hukum-Mu, adil atasku ketentuan-Mu (qada-Mu). Aku bermohon dengan segala nama yang Engkau punyai, yang Engkau namakan diri Engkau dengannya atau nama yang Engkau turunkan pada kitab Engkau, atau nama yang pernah Engkau tunjukkan kepada salah seorang makhluk-Mu, atau nama yang Engkau pegang rahsianya dalam ilmu ghaib-Mu. Aku bermohon dengan segala nama itu, supaya Engkau menjadikan Al-Quran jadi siraman hatiku, jadi cahaya mataku, jadi penghalau dukaku, menghalaukan gelisah dan keluh kesahku. Tidak ada helah tidak ada kekuatan melainkan berserta Allah semata-mata."


Monday, January 5, 2009

SeLaMaT TinGGaL 2008

Dalam tahun 2008 bermacam-macam kisah suka duka telah berlaku di dalam hidup aku..ada citer sedey, citer suka semua ada.Namun apa yg terjadi pada tahun 2008 akan aku tinggalkan buat selama-lamanya.

Tahun 2008 juga merupakan tahun dimana aku menerima seorang insan bernama lelaki didalam hidup aku. Kehadirannya memberi sinar kebahagiaan didalam hidup aku serta dia berjaya membuka pintu hatiku untuk menerima kembali CINTA..Segalanya begitu indah sekali.

Tanggal 2/10/2008 merupakan tarikh yg begitu mengembirakan hidup aku apabila aku dgn dia bertunang. Begitu bahagia aku rasakan masa itu. Namun segala-galanya berubah pada 22/10/2008 dimana kisah duka didalam hidup aku bermula. Salah faham yang berlaku,serta keEgoan yg menguasai diri akhirnya menjadi kisah duka didalam hidup aku..tiada lagi kisah suka. Aku menjadi mangsa didalam apa yg berlaku namun aku pasrah. Aku cuba menyelamatkan keadaan dan hubungan ini tetapi gagal tidak menemui jalan penyelesaian. Jalan yang ditemui adalah jalan yang amat mengecewakan aku.

Tanggal 3/11/2008 segala kenangan indah antara aku dgn dia terkubur.Akhirnya ikatan pertunangan antara aku dgn dia terputus jua. Apa yg terjadi amat menyakitkan aku serta luka yang aku alami amat dalam terasa sukar untuk memaafkan..Namun kita insan biasa tiada kuasa untuk berbuat begitu...Apapun ALLAH yang maha mengetahui.

Tahun 2008 adalah tahun duka dimana hidup aku begitu menderita dengan apa yg terjadi. Terima kasih yang tak terhingga kepada family aku yg byk bagi support pada aku serta memberi kekuatan untuk aku menerima apa yg terjadi sebagai dugaan dariNya. Thank's also for my fren yang byk bgi aku semangat serta nasihat untuk aku meneruskan kehidupan. I really appreciate that. Berkat dari doa family aku serta dorongan dr kwn2 aku akhirnya aku berjaya menerima semua yg terjadi didalam hidup aku serta dapat meneruskan kehidupan aku seperti biasa malah semakin bersemangat untuk membina kehidupan baru. Luv U All..

Now, aku bahagia dgn kehidupan aku tiada lagi tangisan, walaupun luka itu masih terasa & berdarah namun terima kasih segala-galanya kerana dia berjaya melakarkan tahun 2008 sebagai tahun kedukaan dalam kehidupan aku.

2009, Telah pun menjelma. aku berdoa agar tahun 2009 akan memberi sinar kebahagiaan didalam hidup aku. Aku tidak mahu lagi menderita seperti tahun 2008. Selamat Tinggal 2008

HAPPY NEW YEAR

Thursday, December 25, 2008

SaLaM PerKeNaLaN

Now, aku suka sgt baca blog2 kwn2 aku..Dari membaca blog2 dorang mendorang aku untuk wat blog untuk aku sendiri. Dalam blog ni aku nk citer mengenai apa itu kehidupan disamping tu boley juga selitkan tentang kehidupan diri sendiri hehehe. Apapun kepada korang kawan2 yg membaca blog aku nih..tq so much. Segala apa yg kucoretkan didalam blog ini adalah mengenai realiti kehidupan sebenar yang harus dikongsi bersama. Kalau ada yang terasa dgn hasil coretan aku ni aku memohon beribu kemaafan..Please Leave Your Comment. Dengan membaca kita dpat menajamkan minda kita dan Renungkan dengan setiap apa yang dibaca adalah yang terbaik untuk minda anda didalam kehidupan seharian kita sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini